Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board (STB), Sharzede Datu Salleh Askor berucap semasa "Brunei, Singapore and Sarawak Travel Connect Business Networking Session" di Hotel Sheraton di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Sarawak destinasi memenuhi keperluan pelancongan

KUCHING, 13 Sept: Sarawak komited untuk menjadi destinasi memenuhi keperluan dan pilihan bidang pelancongan selari dengan pasaran halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board (STB) Sharzede Datu Salleh Askor berkata, rekod dari Januari hingga Julai tahun ini menunjukkan peningkatan ketara iaitu 58 peratus melibatkan ketibaan pelawat dari Brunei Darussalam dan 32 peratus dari Singapura.

Menurutnya, jalinan kerjasama dengan Brunei Darussalam dan Singapura diyakini mampu menjadikan Sarawak destinasi strategik pelancongan halal.

“Inisiatif ini sejajar dengan visi kami untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi mesra halal. Kami berharap ia memberikan anda gambaran lebih mendalam tentang peluang bekerjasama dan pertumbuhan dalam pasaran ini.

“Singapura dan Brunei Darusslam secara konsisten menjadi antara lima pasaran utama Sarawak untuk ketibaan pelawat dan potensi pertumbuhan kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Brunei Darussalam, Singapore dan Sarawak Travel Connect Business Networking Session di Kuching pada Jumaat.

Sharzede menjelaskan, pengiktirafan Kuching sebagai bandar gastronomi kreatif oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) secara tidak langsung mampu menawarkan perjalanan gastronomi yang dibentuk 34 kumpulan etnik di Sarawak.

Tambahnya, ia sekali gus mengukuhkan keterangkuman dan kepelbagaian Sarawak dalam memastikan setiap pelancong merasai keunikan yang ditawarkan.

“Kuching adalah contoh cemerlang bagaimana budaya dan masakan bersatu untuk mencipta pengalaman perjalanan unik,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan