Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Fiqri Razak (TVS)

Sarawak bersedia bangunkan industri angkasa lepas

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 Sept: Sarawak bersedia membangunkan industri angkasa lepas selepas Kerajaan Persekutuan mengenal pasti wilayah ini sebagai tapak pelancaran satelit.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan untuk menjadikan Sarawak lokasi pelancaran satelit dicapai pada Mesyuarat Pembangunan Fizikal Malaysia yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sarawak bakal jadi tapak pelancaran satelit | TVS

Menurutnya, salah satu faktor pemilihan Sarawak adalah kedudukan wilayah ini terletak berdekatan garisan Khatulistiwa.

“Digital sebenarnya bergantung kepada data iaitu yang kita peroleh daripada teknologi baharu dan salah satu ialah satelit.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri. Disebabkan Sarawak berdekatan dengan Khatulistiwa, kita dipilih sebagai lokasi melancarkan satelit.

“Perdana Menteri meminta kepada saya supaya Sarawak menjadi tempat melancarkan satelit, saya kata bila-bila masa sahaja boleh gunakan Sarawak untuk lancarkan satelit kerana kita dekat dengan Khatulistiwa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Abang Johari menjelaskan, bagi menjayakan misi tersebut, anak muda perlu dilatih terutama dalam bidang baharu termasuk aeroangkasa.

Menurutnya, sekiranya ia dapat direalisasikan, terdapat keperluan untuk meminda undang-undang agar sejajar dengan kemajuan dalam ekonomi baharu pada masa kini.

Sementara itu, beliau berharap persidangan kali ini menjadi platform kepada speaker berkongsi idea bernas dan inovatif dalam usaha memperkasa insitusi Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan institusi speaker.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan