Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Azami Awang Idris

Platform terbaik jejak pemain pelapis di Sarawak

KUCHING, 13 Sept: Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS 2024 bermula esok dilihat sebagai platform terbaik mencari pemain pelapis di Sarawak.

Pegawai Pembangunan Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA) Awang Azami Awang Idris berkata, kejohanan anjuran Petroliam Nasional Berhas (PETRONAS) dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) merupakan pendekatan bijak dalam mengembangkan sukan bola sepak tempatan.

Platform terbaik jejak pemain pelapis di Sarawak | TVS

“Kita memerlukan lebih banyak kejohanan seperti ini. Pada masa sama, saya berharap lebih banyak syarikat tampil dan menaja kejohanan seperti ini kerana ia dapat membantu mengembangkan bakat muda dalam kalangan pemain di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS 2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, legenda bola sepak Sarawak, Abdul Jalil Ramli berkata, kejohanan seperti ini penting untuk memastikan Sarawak tidak ketandusan pemain baharu.

“Inisiatif PETRONAS ini merupakan usaha begitu murni dan saya berharap sokongan padu dapat diberikan semua pihak bukan sahaja belia tetapi juga ibu bapa supaya pemain berbakat dapat diketengahkan ke peringkat tertinggi,” ujarnya.

Seorang lagi legenda bola sepak Sarawak, Burhaniza Abu Bakar melahirkan keyakinan sukan bola sepak di Sarawak dapat dikembangkan dengan sokongan pelbagai pihak dalam menganjurkan kejohanan tersebut.

“Saya sarankan kepada ibu bapa dan pihak bertanggungjawab di peringkat akar umbi memberi sokongan kepada kejohanan seperti ini.

“Terima kasih kepada PETRONAS kerana menganjurkan kejohanan ini untuk menonjolkan bakat pemain muda,” jelasnya.

Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS 2024 yang bermula dari 14 September hingga 16 November melibatkan penyertaan 56 pasukan yang bersaing dalam empat kategori umur bawah 10, 12, 14 dan 18 tahun.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan