Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Pihak berkuasa Poland keluar amaran banjir

ByBernama

WARSAW, 13 Sept: Pihak berkuasa Poland menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga terhadap banjir yang diramalkan pada Jumaat dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan pemotongan bekalan elektrik dan kekurangan air ketika hujan lebat berterusan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Orang ramai yang kediaman terletak berhampiran sungai dan kawasan berisiko harus bersiap sedia menghadapi banjir, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Wieslaw Lesniakiewicz kepada stesen radio Rmf.fm, sambil menambah penduduk harus mengosongkan garaj mereka dan meletakkan kereta di tempat yang selamat.

“Mungkin juga terdapat situasi tiada air minuman atau elektrik buat sementara waktu.”

Institut Meteorologi Poland mengeluarkan amaran banjir untuk wilayah Lower Silesia, Opole, Silesia dan Lesser Poland kerana hujan lebat yang dijangka dalam beberapa hari akan datang.

Perdana Menteri Donald Tusk tiba di Wroclaw pada Jumaat untuk menyertai mesyuarat pasukan krisis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan