Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang. Foto fail Bernama

Pesta Kanowit platform rai kepelbagaian budaya, tradisi

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 13 Sept: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi menerusi penganjuran Pesta Kanowit.

Menterinya, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, pesta yang berlangsung dari 20 hingga 22 September itu bukan sahaja meraikan sejarah dan tradisi malah mengiktiraf kepelbagaian budaya.

“Bermula dengan tarian tradisional sehingga makanan tempatan yang lazat, setiap elemen pesta ini adalah cerminan kekayaan budaya kita yang unik,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dengan menghargai kepelbagaian budaya katanya, perpaduan dan keamanan dalam kalangan masyarakat dapat diperkukuhkan.

Menurut Aaron, selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’, pesta yang dianjurkan sejak 2003 itu diperkenalkan KPN sebagai pengisian utama dalam program flagship KPN iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI.

Tambahnya, Pesta Kanowit anjuran KPN dengan kerjasama Majlis Daerah Kanowit, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kanowit serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan menampilkan pelbagai aktiviti menarik.

“Aktiviti yang bakal berlangsung merangkumi Kanowit RC Boat Challenge, pameran perniagaan, pesta ria, Kanowit Power Boat Race, Jualan Rahmah, pameran agensi, majlis tradisi (adat miring), majlis perasmian Tebingan Kanowit dan pertandingan Ratu Pesta Kanowit,” ujarnya.

Pada masa sama, Aaron berharap masyarakat terus memupuk semangat menghargai dan memelihara warisan, budaya dan berusaha hidup dalam keharmonian dengan menerima serta menghormati kepelbagaian.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan