Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul dan Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Asfia Awang Nassar pada sidang media sempena Majlis Perasmian Persidangan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 di Kuching, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS) Foto Fiqri Razak (TVS)

Persidangan Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia capai sembilan resolusi

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 Sept: Sembilan resolusi dicapai menerusi Persidangan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 yang berlangsung di sini, semalam.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul berkata setiap Speaker terlibat akan membentangkan resolusi berkenaan kepada kerajaan negeri masing-masing.

“Kita memohon kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk respon sekurang-kurangnya apa yang boleh didahulukan, kita utamakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 di sini, hari ini.

Beliau yakin dengan adanya respon dari kerajaan terhadap resolusi berkenaan, ia akan memberi kedudukan yang lebih kukuh kepada Speaker untuk melaksanakan tugas.

Antara resolusi yang dicapai termasuk menyedari kepentingan persidangan tersebut sebagai satu platform pertukaran pendapat, pengalaman dan amalan terbaik bagi Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di samping sebagai satu ruang untuk meningkatkan persefahaman antara badan perundangan.

Selain itu mengiktiraf badan perundangan sebagai sebuah institusi yang komited kepada semak dan imbang terhadap badan eksekutif dan menjadi saluran untuk menyampaikan pandangan daripada rakyat menerusi wakil-wakil yang dipilih atau dilantik ke badan perundangan.

Seterusnya menegaskan keperluan mengekalkan pemisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman dalam memastikan peranan badan perundangan sebagai badan pembuat undang-undang dan semak imbang kekal terjamin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan