Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para Pulau Pinang hari ini. Foto TVS

Perbincangan lanjut Sukan SEA 2027 selepas Sukan Para SUKMA

KEPALA BATAS, 13 Sept: Pulau Pinang, negeri dan wilayah lain yang berhasrat menganjurkan Sukan SEA 2027 dijangka mengadakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan.

Perbincangan itu dijangka diadakan selepas Sukan Para SUKMA XXI Sarawak dan Hari Sukan Negara 2024.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen berkata, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur akan mengadakan perbincangan terperinci termasuk acara yang dipertandingkan.

“Kita (Pulau Pinang) mengesahkan akan menjadi penganjur bersama. Selepas Sukan Para SUKMA Sarawak dan Hari Sukan Negara, mesyuarat diadakan dengan penganjur bagi membincangkan mengenai perkembangan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para Pulau Pinang yang disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini, hari ini.

Setakat ini Pulau Pinang dan Sarawak mengesahkan menjadi tuan rumah bersama Kuala Lumpur untuk Sukan SEA 2027.

Sabah bagaimanapun dilaporkan mempertimbangkan semula cadangan penganjuran bersama.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, kontinjen Para Pulau Pinang akan mempertaruhkan 83 atlet dengan menyasarkan 16 pingat emas terutama dalam acara renang dan olahraga.

“Kerajaan negeri berhasrat memberikan insentif kemenangan kepada atlet para sama seperti diterima atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak baru-baru ini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan