Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paus Francis dalam program terakhirnya di Singapura, menggesa golongan muda agar berani mengambil risiko sambil bersikap kritikal namun membina. Foto AFP

Paus Francis seru belia ambil risiko, galakkan dialog antara agama

ByBernama

SINGAPURA, 13 Sept: Paus Francis dalam program terakhirnya di Singapura, menggesa golongan muda agar berani mengambil risiko sambil bersikap kritikal namun membina.

Pada acara Pertemuan Antara Agama Bersama Golongan Muda yang melibatkan lebih 600 peserta dari lebih 50 sekolah serta organisasi antara agama, Paus turut menggalakkan belia untuk keluar dari zon selesa dan menyedari bahawa membuat kesilapan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, terutama pada usia muda.

“Ketakutan adalah sikap diktator. Ia membuatkan anda tidak berdaya. Perkara penting ialah menyedari bahawa anda telah melakukan kesilapan.

“Jadi apa yang lebih teruk: melakukan kesilapan kerana anda sebenarnya melangkah ke hadapan dan melakukan sesuatu, atau tidak melakukan kesilapan tetapi tidak berbuat apa-apa? Orang muda yang tidak mengambil risiko adalah orang tua,” katanya.

Disertai pemimpin muda dari pelbagai agama di atas pentas yang sama, Paus turut mengingatkan belia supaya tidak menjadi hamba kepada teknologi.

Menyentuh mengenai dialog antara agama terutamanya dalam masyarakat yang berbilang kaum, Paus menekankan kepentingan rasa hormat dan bagaimana golongan muda boleh menggunakan peluang ini untuk terlibat dalam perbincangan sedemikian.

“Untuk mengadakan dialog antara agama yang bermakna dalam kalangan golongan muda, ia memerlukan keberanian. Anda boleh gunakan keberanian untuk bergerak maju dan terlibat dalam dialog,” katanya.

Acara di Catholic Junior College itu dihoskan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura Edwin Tong dan Uskup Agung Singapura Kardinal William Goh.

Tong dalam ucapannya berterima kasih kepada Paus dan Catholic Archdiocese of Singapore kerana mempromosikan dialog antara agama, bagi masyarakat yang menghadapi dunia yang semakin berpecah-belah dan bergolak.

Sebelum pertemuan antara agama itu, Paus melawat warga tua dan pesakit di Rumah St Theresa.

Paus berlepas dari Singapura pada 12.25 tengah hari, menamatkan lawatan negara selama tiga hari, sekali gus mengakhiri Jelajahnya ke Asia Pasifik selama 12 hari yang turut melibatkan Indonesia, Papua New Guinea dan Timor-Leste.

Ini merupakan perjalanan terpanjang yang dilakukan oleh Paus berusia 87 tahun itu sejak dilantik sebagai ketua Gereja Katolik pada 2013. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan