Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk dibawa menggunakan bot meredah banjir di kampung Sin Thay di Pyinmana, di wilayah Naypyidaw Myanmar. Foto AFP

Myanmar: Ramai dikhuatiri terkorban akibat Taufan Yagi

ByBernama

BANGKOK, 13 Sept: Taufan Yagi melanda Myanmar, Vietnam, dan Thailand, namun skala sebenar kemusnahan akibat bencana ini masih belum dapat dipastikan sepenuhnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Setakat ini, angka rasmi menunjukkan sekurang-kurangnya 19 orang maut akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Myanmar.

Bagaimanapun, menurut saksi, ramai mangsa dilaporkan masih hilang dan angka korban dijangka terus meningkat.

Beberapa kawasan turut terputus hubungan akibat banjir yang melanda.

“Kampung dan kawasan perbandaran berhampiran Naypyitaw terjejas teruk… namun beberapa kampung tidak dapat diakses oleh pasukan penyelamat,” kata penduduk tempatan Kyaw Kyaw, yang turut membantu dalam operasi menyelamat, kepada dpa.

Selain Naypyitaw, kawasan Bago di utara Yangon dan dua wilayah bersempadan dengan Thailand turut terjejas.

Di Vietnam, taufan ini telah meragut kira-kira 200 nyawa setakat ini, menurut angka rasmi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan