Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pokok tumbang di jalan selepas Taufan Yagi melanda Hanoi. Foto AFP

Menteri Luar ASEAN nyatakan solidariti dengan negara terjejas taufan

ByBernama

HANOI, 13 Sept: Menteri-menteri Luar ASEAN pada Rabu menyatakan rasa dukacita dan simpati terhadap kerosakan yang dialami akibat taufan di Filipina, Vietnam, Laos, Thailand, China, dan negara-negara lain yang terjejas, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

“ASEAN menegaskan solidaritinya dengan kerajaan dan rakyat negara-negara yang terjejas serta yakin bahawa negara-negara itu akan dapat mengatasinya dan pulih dengan segera daripada kesan bencana alam ini.

ASEAN bersedia untuk menghulurkan kerjasama dan sokongan kepada usaha penyampaian bantuan, termasuk melalui Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre),” kata VNA yang memetik kenyataan dikeluarkan Menteri-menteri Luar ASEAN itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan Vietnam di Jepun melancarkan kempen pengumpulan dana pada 12 Sept bagi membantu mangsa di Vietnam.

Bagi berkongsi kesusahan yang dialami mangsa, setiap kakitangan menyumbang sekurang-kurangnya satu hari gaji masing-masing.

Kuasa Usaha Nguyen Duc Minh turut menyeru sokongan daripada komuniti dan persatuan Vietnam di Jepun serta daripada organisasi rakan kongsi dan individu Jepun. Bantuan barangan dan kewangan boleh dihantar terus ke alamat yang ditetapkan untuk sumbangan atau melalui kedutaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan