Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Jamuan Negeri bersempena Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 di Kuching. Foto JaPen

Majlis Jamuan Negeri rai delegasi speaker Parlimen, DUN

KUCHING, 13 Sept: Majlis Jamuan Negeri bersempena Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 diadakan di sini sebentar tadi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Tarian selamat datang ‘Puteri Sarawak’ memulakan majlis tersebut seterusnya dimeriahkan dengan persembahan tarian etnik Iban, Bidayuh, Melanau dan instrumental La Vie En Rose.

Pada masa sama, tetamu yang hadir dipersembahkan dengan nyanyian artis tempatan.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 di Kompleks Dewan Undangan (DUN) Sarawak pagi tadi.

Persidangan yang berlangsung dari 12 September itu melibatkan 42 delegasi merangkumi 15 speaker, 14 timbalan speaker, seorang ketua pentadbiran Parlimen dan 12 setiausaha Dewan Negara, Dewan Rakyat serta Dewan Undangan Negeri.

Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah persidangan tersebut pada 1996 iaitu 28 tahun lalu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan