Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pegawai kesihatan memberi vaksin Polio kepada bayi di Zawayda di tengah Semenanjung Gaza pada 1 September 2024, di tengah-tengah genosid Israel ke atas rakyat Palestin. Foto AFP

Lebih 552,000 kanak-kanak di Gaza terima dos pertama vaksin polio – WHO

ByBernama

GENEVA, 13 Sept: Kempen vaksinasi polio pusingan pertama di Semenanjung Gaza kini hampir selesai dengan lebih 552,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

Sambutan terhadap kempen ini amat menggalakkan dan ibu bapa berusaha sedaya upaya memastikan anak mereka tidak terlepas daripada menerima vaksin, kata wakil WHO Richard Peeperkorn menerusi panggilan video dari Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kempen itu dijangka selesai pada Khamis.

Kanak-kanak di Gaza dijadualkan menerima dos kedua vaksin itu menerusi kempen seterusnya yang dijangka bermula dalam tempoh empat minggu.

Kempen ini dijalankan selepas tiga kes polio dikesan di zon konflik yang padat dengan penduduk pada Julai lalu.

Kes polio pertama dalam tempoh 25 tahun baru-baru ini dikesan di Semenanjung Gaza.

Pakar kesihatan bimbang wabak polio mungkin berlaku susulan ratusan ribu orang yang hilang tempat tinggal terpaksa hidup dalam keadaan yang sesak.

Lebih 90 peratus kanak-kanak perlu divaksinasi untuk mencegah penularan polio, yang boleh menyebabkan lumpuh, menurut angka WHO. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan