Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran tujuh kedai di Pasar Serian. Foto JBPM

Kebakaran tujuh kedai gemparkan penduduk Serian

SERIAN, 13 Sept: Penduduk Serian hari ini digemparkan dengan kebakaran tujuh kedai di Jalan Chung Hua.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 1.24 tengah hari.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, Siburan, Batu Lintang dan Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan tujuh unit lot kedai dua tingkat.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran empat pancutan, satu pancutan di belakang dan tiga pancutan di hadapan bangunan.

“Kita turut menggunakan skylift untuk memadam dari bahagian atas,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan setakat berita ini ditulis.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

Kerja pemadaman masih dijalankan setakat jam 7 malam ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan