Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Joko Widodo pada sidang kabinet terakhir. Foto Sekretariat Presiden

Jokowi mahu program dirancang dilaksanakan segera

JAKARTA, 13 Sept: Presiden Indonesia Joko Widodo mengadakan sidang kabinet terakhir bersama-sama menteri dan kakitangan di Ibu Kota Nusantara (IKN) di Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur hari ini.

Widodo atau mesra dipanggil Jokowi menekankan kepentingan menyelesaikan program dirancang walaupun tempoh perkhidmatan beliau berakhir.

Menurutnya, setiap kakitangan perlu memberi perhatian dalam menyempurnakan program kabinet.

“Penggal jawatan Kabinet Indonesia Maju berakhir 20 Oktober, saya memohon barisan kabinet menyelesaikan kerja dan memastikan peralihan kerajaan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada anggota kabinet atas dedikasi dalam menjalankan perkhidmatan selama ini.

Sementara itu, Jokowi menggesa menteri di bawah pentadbirannya menyokong penuh kerajaan baharu supaya program perdana presiden baharu dapat dilaksanakan segera dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Pada masa sama, beliau berharap pusat pentadbiran baharu di IKN menjadi lambang kemajuan dan masa depan Indonesia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan