Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gerald dan tetamu kehormat yang lain bergambar bersama-sama pemain muda berbakat yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS 2024 di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Inisiatif PETRONAS perkasa sukan bola sepak dapat pujian

KUCHING, 13 Sept: Kerajaan Sarawak memuji inisiatif Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam memperkasa sukan bola sepak di wilayah ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kejohanan bola sepak anjuran PETRONAS merupakan platform merealisasikan impian pemain muda selain mencungkil bakat baharu di Sarawak.

Inisiatif PETRONAS perkasa sukan bola sepak dapat pujian | TVS

Menurutnya, walaupun ia hanya pertandingan, setiap pemain perlu bersukan dengan beretika dan berhemah sepanjang kejohanan berlangsung.

“Dalam mana-mana pertandingan, sudah pasti ada yang menang dan kalah. Saya berharap pemain semua dapat mengamalkan semangat kesukanan tinggi sepanjang kejohanan berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS 2024 di sini hari ini.

Pada masa sama, Gerald menjelaskan, sokongan ibu bapa amat penting bagi menjayakan kejohanan dan inisiatif tersebut.

Sementara itu, Pengurus Besar PETRONAS Sarawak, Norazibah M Rabu berkata, penganjuran kejohanan tersebut merupakan salah satu inisiatif konglomerat minyak dan gas utama negara ini dalam memperkasa segmen bola sepak serta belia.

Tambahnya, sukan bola sepak merupakan program yang dianjurkan bersempena ulang tahun ke-50 PETRONAS.

“Kejohanan ini bukan sekadar sambutan ulang tahun kami tetapi ia bukti komitmen terhadap pembangunan belia, mempromosikan gaya hidup sihat dan mengukuhkan ikatan komuniti melalui bola sepak.

“Ia selaras dengan kepercayaan asas kami untuk mencipta impak positif dan berkekalan kepada masyarakat,” ujarnya.

Menurut Norazibah, ini merupakan salah satu inisiatif capaian rakyat oleh PETRONAS selari dengan visi organisasi memperkasakan industri sukan dan pembangunan bakat dalam kalangan masyarakat.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok yang juga Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS Dato Ibrahim Baki, Presiden KDFA Fazzrudin Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Integrated Hydrocarbon Management Malaysiaan Management PETRONAS Anuar Ismail, Setiausaha Tetap MYSED Morshidi Frederick dan Ketua Pegawai Eksekutif SSC Awang Putrayusrie Awang Redzuan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan