Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 di Kuching, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Pengeluaran hidrogen Sarawak atasi Australia – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 Sept: Sarawak kini boleh berbangga dengan keupayaan penghasilan hidrogennya yang mengatasi Australia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak kini mampu menghasilkan hidrogen sebanyak 150 kilogram (kg) dengan penggunaan teknologi baharu.

Sarawak capai pengeluaran hidrogen 150 kg, depani cabaran teknologi | TVS

“Apa yang berlaku di Australia, mereka kongsi pengeluaran hidrogen. Mereka hanya boleh keluarkan 15 kg dan mereka beri pandangan kepada saya.

“Di Kuching, kami hasilkan 150 kg, bermakna kita lebih ke hadapan dengan teknologi baharu,” kata beliau pada Majlis Perasmian Persidangan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 hari ini.

Menurut Abang Johari kemampuan Sarawak itu membuktikan Malaysia kini selangkah ke hadapan khususnya dalam tenaga boleh diperbaharui.

“Saya baru balik dari Singapura untuk membentangkan pandangan saya mengenai tenaga boleh baharu dan mereka minta saya datang lagi pada bulan 11 (November) berkongsi dengan mereka.

“Boleh tahanlah kita orang Malaysia ini dari sudut teknologi baharu,” ujar beliau sambil mendedahkan beliau sekali lagi dijemput oleh Singapura pada minggu lepas untuk berkongsi berkaitan bidang ekonomi hidrogen hijau dan perancangan industri hidrogen di Sarawak.

Sebelum ini, Singapura dilaporkan berminat untuk meneroka peluang bekerjasama dengan Sarawak melibatkan beberapa sektor termasuk tenaga boleh diperbaharui.

Hasrat itu dinyatakan Menteri Tenaga Kerja dan Menteri Perdagangan dan Industri Kedua Singapura, Dr Tan See Leng yang berkata republik itu tertarik untuk menjalinkan kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui berikutan Sarawak kaya dengan sumber semula jadi.

Tumpuan kukuh Sarawak terhadap kelestarian alam sekitar dengan dasar lanjutannya mengenai ekonomi hijau dan baharu telah menarik perhatian pemimpin yang menghadiri Forum Perniagaan ASEAN Australia 2024 di Australia baru-baru ini.

Abang Johari diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan berkaitan ekonomi hijau dan baharu di Sarawak pada forum yang dihadiri kebanyakan pemimpin mengagumi dasar Sarawak yang berpandangan jauh ke hadapan dalam ekonomi baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan