Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Datuk Mohd Nizam Jaafar di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto Ahnaf (TVS)

ATM terus komited beri perkhidmatan sokongan kepada Astana Negeri Sarawak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

KUCHING, 13 Sept: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited memberi perkhidmatan sokongan dari aspek protokol dan upacara adat istiadat kepada Astana Negeri Sarawak.

Komitmen itu dinyatakan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar ketika kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri, hari ini.

“Kunjungan hormat ini bertujuan mengucapkan salam tahniah kepada Tun yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Kita memaklumkan dari segi protokol dan adat istiadat apa yang ATM boleh teruskan sokongan kepada Negeri Sarawak melalui Markas Medan Timur,” katanya ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat.

Beliau juga memaklumkan Tun Wan Junaidi telah memberi nasihat dan cadangan termasuk mengkaji semula pembayaran skim graduan khas bagi penjawat awam sebagaimana yang telah dipraktikkan di Sarawak.

Baru-baru ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bermula tahun depan akan mengambil sekurang-kurangnya 100 orang graduan untuk masuk skim khas ATM dan kita melihat bagaimana Sarawak boleh buat skim tersebut untuk dilaksanakan.

“Perbincangan ini membawa harapan baharu untuk meningkatkan kolaborasi antara ATM dan Kerajaan Sarawak, terutama dalam memperkukuhkan perpaduan dan pembangunan negeri,” katanya.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan