Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Africa CDC perlukan US$600 juta untuk tangani penularan Mpox

ByBernama

KIGALI (Rwanda), 13 Sept: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) memohon dana sebanyak US$600 juta bagi membiayai usaha tindak balas terhadap mpox di benua itu, kata Ketua Pengarahnya, Jean Kaseya pada Khamis.

Kaseya menyeru negara-negara Barat agar membantu memenuhi jurang pembiayaan dan berkata bahawa “ini adalah masanya untuk bersolidariti”, lapor Agensi Anadolu.

Pembiayaan itu dijangka diperoleh daripada negara-negara Kesatuan Afrika, rakan kongsi pembangunan, para dermawan dan sektor swasta.

Sekurang-kurangnya 107 kematian dan 3,160 kes baharu mpox direkodkan dalam tempoh seminggu lalu, menurut angka terkini yang dikeluarkan Africa CDC.

Kaseya berkata kadar ujian mpox kini berada pada 52.9 peratus, menandakan kekurangan ujian di seluruh benua.

“Kita tidak boleh hanya bergantung kepada kes yang disahkan untuk membuat keputusan dan tindak balas,” katanya.

Benua Afrika mencatatkan lebih 26,000 kes mpox yang disyaki, termasuk 724 kematian setakat tahun ini, menurut data Africa CDC.

Republik Demokratik Congo merupakan negara yang paling terjejas di rantau ini, dengan lebih 4,900 kes mpox yang disahkan dan lebih 620 kematian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan