Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail TVS

Abang Johari sambut baik kenaikan pemberian geran khas interim RM600 juta

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik pemberian geran khas interim daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak dan Sabah yang dinaikkan sekali ganda kepada RM600 juta bermula tahun depan.

Beliau menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman tersebut pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) semalam.

“Dalam Perlembagaan (Malaysia), sebenarnya semakan ini dibuat dalam masa lima tahun tetapi Perdana Menteri telah mengumumkannya dalam masa dua tahun iaitu tahun lepas dan tahun ini, untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

“Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar telah menambah begitu banyak peruntukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Persidangan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024 di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

MTPMA63 di Kota Kinabalu itu dipengerusikan oleh Anwar dan turut dihadiri Abang Johari dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63.

Fadillah menerusi kenyataan selepas mesyuarat berkata MTPMA63 membincangkan empat agenda termasuk pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sarawak dan Sabah.

Mereka turut membincangkan laporan status terkini kemajuan tuntutan di bawah MA63.

Menurutnya, agenda lain adalah mengenai perwakilan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk melantik Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar bagi mengisi kekosongan dan pemangkuan.

“Turut dibentangkan, obligasi kewangan Persekutuan di bawah Senarai III, Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan Duti Setem dikenakan ke atas instrumen pemindahan, caj serta menyewakan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah dan Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan