Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Foto fail Bernama

13 kanak-kanak disyaki diliwat, empat lelaki disiasat – KPN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Tiga belas kanak-kanak yang merupakan penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Global Rabu lepas, disyaki telah diliwat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hal ini berdasarkan saringan perubatan yang dijalankan terhadap 13 mangsa itu yang menghuni di rumah perlindungan di Selangor dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata pihaknya juga telah membuka empat kertas siasatan terhadap empat lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata siasatan turut mendapati penghuni rumah amal berkenaan yang merupakan generasi ketiga dan keempat tidak bersekolah secara formal, hanya belajar di rumah amal itu dan ia merupakan satu kesalahan.

“Polis telah membuka 24 kertas siasat dalam operasi ini mengikut Akta Kanak-kanak 2001, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan lain-lain lagi akta yang berkuat kuasa,” katanya.

Razarudin berkata saringan kesihatan terhadap mangsa-mangsa yang diselamatkan turut mendapati 172 daripada mereka mempunyai kesan kecederaan fizikal lama serta membabitkan emosi.

“Malah, ada kanak-kanak yang didapati tumbesaran mereka terjejas,” katanya.

Mengulas mengenai tangkapan berkenaan, beliau berkata daripada 171 individu yang ditahan dalam operasi berkenaan yang terdiri daripada penjaga dan pengurus rumah amal berkenaan, sebanyak 159 daripadanya telah ditahan reman antara empat dan tujuh hari.

Beliau berkata mereka yang berumur antara 18 hingga 51 tahun ditahan di lokap di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

“Sebanyak 12 orang lagi merupakan remaja bawah umur dan tiada keperluan untuk pihak polis menahan reman mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Razarudin turut memaklumkan seorang lagi lelaki berumur 39 tahun ditahan semalam di Putrajaya kerana mengugut seorang wanita yang telah membuat laporan polis berkaitan syarikat berkenaan.

Beliau juga menasihati mana-mana bekas ahli dan yang pernah menjadi mangsa syarikat terbabit untuk tampil membantu siasatan kes itu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan