Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wabak demam misteri di Gujarat, India telah meragut 16 nyawa, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pegawai pada Khamis. Foto hiasan Envato

Wabak demam misteri di Gujarat, India ragut 16 nyawa

ByBernama

NEW DELHI, 12 Sept: Wabak demam misteri di Gujarat, India telah meragut 16 nyawa, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pegawai pada Khamis.

Wabak itu dilaporkan di beberapa kampung di Daerah Kachchh, kira-kira 380 km ke barat Gandhinagar, ibu kota Gujarat.

Para doktor masih belum dapat mendiagnosis penyakit itu dengan tepat. Pegawai kesihatan berkata kes demam misteri mula dilaporkan sebaik sahaja kawasan itu dilanda banjir selepas hujan lebat.

“Setakat ini, 16 kematian telah dilaporkan di tujuh kampung di Lakhpat dan Abdasa, Kachchh, selepas wabak demam,” kata Menteri Kesihatan tempatan, Rushikesh Patel. “Jabatan kesihatan seluruh negeri sedang bertindak untuk mengenal pasti punca penyakit ini.”

Penduduk tempatan memberitahu media bahawa pesakit yang meninggal dunia akibat penyakit misteri itu mengalami gejala seperti demam, selsema, batuk, radang paru-paru, dan masalah pernafasan.

Pegawai kesihatan berkata sejak awal bulan ini lebih 60 kes demam misteri telah dikesan.

Amit Arora, Pegawai Daerah Kachchh, dipetik oleh media tempatan berkata kematian mangsa kelihatan berpunca daripada radang paru-paru.

“Ia tidak kelihatan berpunca daripada pencemaran, juga tidak kelihatan seperti penyakit berjangkit,” kata Arora.

Sampel sedang dikumpul untuk ujian terhadap denggi, malaria, H1N1 selesema babi, dan radang paru-paru. Pasukan daripada jabatan kesihatan sedang memantau dengan teliti,” katanya.

Pegawai telah menghantar 11 sampel daripada mangsa yang meninggal dunia ke Institut Virologi Kebangsaan di Pune untuk menentukan punca penyakit.

“Keputusan dijangka diperoleh dalam sehari atau dua,” kata Arora.

Musim ini, Daerah Kachchh menerima hujan tertinggi di Gujarat, mencatatkan kira-kira 890 mm hujan, atau 184 peratus daripada purata sehingga 10 Sept. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan