Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Universiti Teknologi Sarawak (UTS), di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi terima kunjungan hormat UTS

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 12 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada pengurusan tertinggi Universiti Teknologi Sarawak (UTS), di sini, hari ini.

Kunjungan yang ketuai Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab. Hamid itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat Tun Wan Junaidi selaku Canselor kedua UTS berkenaan hala tuju universiti milik Kerajaan Sarawak itu untuk mengeluarkan tenaga kerja yang diperlukan bagi pembangunan wilayah ini.

Selain itu, Dr Khairuddin turut memaklumkan Tun Wan Junaidi turut memberi nasihat berkaitan pengurusan program-program akademik selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak yang mahukan universitinya mampu bersaing dengan universiti-universiti ternama di luar negara.

“Tun Wan Junaidi telah memberi kami banyak nasihat membabitkan persekitaran serta bagaimana UTS boleh serapkan elemen tersebut ke dalam program dan juga pengurusan kami.

“Pandangan itu amat kami hargai dan ini akan membawa universiti ke peringkat yang lebih mencabar di mana kami akan cuba untuk menguruskan UTS sesuai saranan beliau,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita di Astana Negeri Sarawak di sini selepas kunjungan itu.

Tambah beliau, wawancara bersama Tun Wan Junaidi hari ini akan didokumenkan dan buku tersebut akan diterbitkan sebagai salah satu material pada Majlis Konvokesyen Kesembilan UTS yang akan berlangsung pada Disember depan.

Tun Wan Junaidi dilantik sebagai Canselor UTS yang kedua berkuatkuasa pada 12 Jun lepas bagi tempoh lima tahun.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan