Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Isteri Toh Puan Fauziah Sanusi, menerima kunjungan hormat dari Persatuan Kebangsaan Orang Ulu di Astana Negeri Sarawak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi sokong tambah kouta Orang Ulu jawatan kepimpinan

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 12 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyokong permohonan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) bagi menambah kuota untuk jawatan kepimpinan dalam kalangan bangsa Orang Ulu diperluas.

Perkara itu merupakan antara inti pati kunjungan hormat OUNA yang diketuai presidennya Dato Dr. Abu Bakar ke atas Tun Dr Wan Junaidi di Astana Negeri di sini, hari ini.

Menurut Dr. Abu, kehadiran rombongan OUNA hari ini menerima respon yang baik daripada Tun Dr Wan Junaidi yang menerima cadangan mereka dengan hati terbuka.

“Respon yang baik daripada beliau. Ini tandanya, kami daripada bangsa Orang Ulu ini berkasih sayang antara satu sama lain.

“Bila seseorang pemimpin itu bagus dan layak, maka Orang Ulu akan bagi sokongan,” katanya ketika ditemui pemberita usai kunjungan hormat, pada Khamis.

Beliau berharap dengan penambahan kuota ini nanti, bangsa Orang Ulu akan lebih dikenali dan terus dimartabat.

“Sama-samalah kita menjaga hubungan sesama rakyat Sarawak. Yang penting, jaga keamanan.

“Orang Ulu mahu menyatakan bahawa semua orang, tak kira kaum di Sarawak ini, kita semua adalah orang zaman ‘mensia’,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, jawatan tertinggi yang pernah disandang bangsa itu adalah Yang Dipertua Dewan Negara iaitu yang pernah disandang mendiang Datuk Mutang Tagal sebelum mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 10 Mei 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan