Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Foto CMO

Sabah sambut baik geran khas interim RM600 juta

ByBernama

KOTA KINABALU, 12 Sept: Kerajaan negeri Sabah menyambut baik pemberian geran khas interim dinaikkan sekali ganda kepada RM600 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada negeri itu dan Sarawak bermula tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan rasa syukur dan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman tersebut pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di sini hari ini.

Katanya kerajaan telah membayar geran khas interim sebanyak RM300 juta kepada Sabah tahun ini.

“Sabah menyambut baik geran khas interim sebanyak RM600 juta sementara menunggu penyelesaian 40 peratus hasil bersih dikutip kerajaan Persekutuan di negeri itu.

“Ini adalah pengiktirafan terhadap keperluan pembangunan Sabah dan komitmen kerajaan Persekutuan dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada negeri ini,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Anwar dan turut dihadiri timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MA63 serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hajiji turut merakamkan penghargaan atas isu-isu di bawah MA63 yang telah diselesaikan termasuk penyerahan kuasa mengawal selia industri bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui kepada Sabah pada awal tahun ini serta penurunan kuasa.

“Saya berharap semua isu yang belum selesai akan terus diusahakan dan dilaksanakan demi kebaikan kedua-dua pihak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan