Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Seri Fadillah Yusof pada Mesyuarat MTPMA63 di Kota Kinabalu, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

PM, Premier Sarawak, KM Sabah akan bincang lanjut tiga perkara tuntutan berkaitan MA63

ByShafik Ahmad

KOTA KINABALU, 12 Sept: Tiga perkara yang tidak dapat diputuskan di peringkat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dibawa ke peringkat tertinggi melibatkan perbincangan antara Perdana Menteri, Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia melibatkan perkara berkaitan royalti, cukai duti stem dan persempadanan pelantar benua.

Pemberian khas Sabah, Sarawak di bawah Perkara 112D ditingkatkan kepada RM600 juta

Kesemua perkara berkaitan itu telah dibincangkan di peringkat jawatankuasa teknikal dan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) hari ini.

“Sebelum ini ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah membawa perkara ini di mahkamah, jadi perkara itu telah menjadi kes mahkamah di mana kita tidak boleh berbincang lanjut mengenai perkara itu secara umum.

“Biar mereka (peringkat tertinggi) berbincang, saya percaya mereka akan dapat mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat MTPMA63 Bilangan 1 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Terdahulu dalam mesyuarat tersebut, Fadillah berkata Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menerukan perbincangan lanjut mengenai perkara itu.

“Kita bersetuju tadi perkara yang dalam kategori ‘agree to disagree’ atau yang tidak dapat diputuskan di mana ada pandangan yang kuat daripada Sabah dan Sarawak dan kerajaan Persekutuan.

“Perkara ini akan dibawa ke peringkat paling tinggi yang akan dibincang antara tiga pimpinan tertinggi Perdana Menteri, Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Bagaimanapun tarikh perbincangan lanjut antara ketiga-tiga pemimpin itu tidak dimaklumkan setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan