Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Mesyuarat MTPMA63 Bilangan 1 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Foto Awang Azmil

Pemberian khas Sabah, Sarawak di bawah Perkara 112D ditingkatkan kepada RM600 juta

ByShafik Ahmad

KOTA KINABALU, 12 Sept: Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) hari ini memutuskan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D ditingkatkan sekali ganda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jumlah peruntukan khas meningkat kepada RM600 juta berbanding RM300 juta sebelum ini yang dipersetujui secara interim.

Pemberian khas Sabah, Sarawak di bawah perkara 112D ditingkat kepada RM600 juta | TVS

Bagaimanapun, formula yang digunakan untuk menentukan jumlah pemberian khas secara tetap belum dimuktamadkan.

“Ada beberapa yang kita bincang tadi, perkara utama yang diumumkan Perdana Menteri berhubung kait dengan Perkara 112D peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak.

“Tahun lepas kita umumkan sebanyak RM300 juta untuk setiap negeri, kalau diikutkan ini merupakan interim, kajian semula setiap lima tahun tadi diputuskan,untuk menaikkan kadar ini daripada RM300 juta kepada RM600 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat MTPMA63 Bilangan 1 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Kenaikan itu katanya dipersetujui bersama bagi membantu kerajaan Sabah dan Sarawak. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan