Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024: Edisi Hari Malaysia berlangsung di Rumah Panjang Iban, Kampung Budaya Sarawak

Pamer kekayaan budaya, kulinari di kawasan SCORE

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

KUCHING, 12 Sept: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) akan mempamerkan kekayaan budaya dan kulinari di kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) pada Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 Edisi Hari Malaysia yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak dari 14 hingga 15 September.

Vendor RECODA yang ditempatkan di Rumah Panjang Iban bakal mempamerkan pelbagai jenis hidangan mewakili komuniti di kawasan SCORE termasuk Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

URDA akan menyajikan hidangan Iban seperti ayam pansuh dan kerabu midin manakala HDA menghidangkan judah Orang Ulu seperti pitoh serta nuba lava.

Sementara itu, NRDA menghidangkan masakan Bidaya seperti samcam daging kerbau dan tahai salai.

Masakan Melayu Sarawak seperti nasi goreng sambal tahai dan kelupis tradisi wilayah utara juga akan disediakan.

Tidak dilupakan hidangan Melanau seperti tumpik lemantak, umai, linut dan sambal, tumpik sago, siet panggang dan pekasam ikan turut disajikan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RECODA, Datu Ismawi Ismuni berkata, festival tersebut bukan hanya sambutan kepada kekayaan gastronomi Sarawak tetapi peluang untuk RECODA meningkatkan profil pembangunan sosioekonomi tempatan di kawasan SCORE melalui promosi perniagaan makanan tradisional.

“Beberapa perniagaan akan turut serta bersama RECODE di Rumah Panjang Iban termasuk Carus Eco Plants dengan minuman kelapa murni dan Carus Pepper, Lembaga Koko Malaysia dan MYGINHO.

“RECODA akan terus memacu pembangunan sosioekonomi di Sarawak dengan menyediakan platform kepada usahawan SCORE dan perniagaan tempatan,” katanya.

Inisiatif RECODA termasuk Pusat Pemprosesan dan Pembungkusan Pengumpulan (CPPC) di Sarikei dan Betong, Agropark Bersepadu di Mukah, dan Stesen Pertanian Tanah Tinggi Bersepadu (IHAS) di Ulu Baram.

RECODA juga memajukan projek seperti pengeluaran keju Mozzarella di Lawas dan inisiatif pertanian serta akuakultur lain untuk meningkatkan peluang ekonomi dan keselamatan makanan komuniti tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan