Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Motosikal yang ditunggang lelaki berumur 25 tahun terbakar dalam kemalangan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching pada malam Rabu. Foto PDRM

Mangsa kemalangan motosikal meninggal dunia di hospital

KUCHING, 12 Sept: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, lewat malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata lelaki berumur 25 tahun itu meninggal dunia pada 12.27 tengah malam di Wad Kecemasan HUS.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Stakan menuju ke Jalan Satok sebelum tercampak dan motosikalnya terbakar dalam kejadian pada kira-kira 11.30 malam.

“Apabila sampai di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, motosikal tersebut hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok di sebelah kiri jalan. Mangsa terpelanting ke arah kiri jalan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dia yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di wad kecemasan pada jam 12.27 tengah malam,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Shazwina Alfera Ah Yit @Suaip di talian 016-7433078 atau Trafik IPD Kuching (082-259900).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan