Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof pada sidang media selepas Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di Kota Kinabalu, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

MA63: Perwakilan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak dimuktamad

ByAhmad Burhanuddin

KOTA KINABALU, 12 Sept: Perwakilan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk melantik Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar bagi mengisi kekosongan dan pemangkuan telah dimuktamadkan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyerahan kuasa lantikan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah masih dalam peringkat perbincangan.

Pemberian khas Sabah, Sarawak di bawah Perkara 112D ditingkatkan kepada RM600 juta

“(Untuk) Sabah perundingan sedang berjalan dan ada beberapa perkara lagi yang belum dapat diputuskan.

“Tetapi ada perkara lagi akan dirujuk untuk kita mendapatkan kepastian berhubung kait dengan kuasa pentadbiran untuk diserahkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak dan Sabah mengenai dengan kuasa lantikan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Fadillah, perkara itu akan dibincangkan sekali lagi pada mesyuarat akan datang terutamanya melibatkan perwakilan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

“(Perkara) itu akan diperincikan sekali lagi tetapi apa-apa yang dipersetujui melibatkan pelantikan, Kementerian Pendidikan Malaysia mestilah merujuk terlebih dahulu atau melakukan perbincangan dengan Sabah dan Sarawak berhubung kait dengan semua lantikan pegawai,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan menyerahkan kuasa kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk meluluskan projek yang dibiayai Kerajaan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan