Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siaran Berita televisyen menunjukkan rakaman fail ujian peluru berpandu Korea Utara. Foto,AFP.

Korea Utara lepaskan peluru berpandu balistik jarak dekat

SEOUL, 12 Sept: Korea Utara pada Khamis melepaskan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur Semenanjung Korea, lapor tentera Korea Selatan.

Tindakan itu dilaksanakan selepas beberapa hari negara bersenjata nuklear itu meraikan ulang tahun penubuhannya.

Pegawai Ketua Staf Bersama Seoul mengesan tembakan dari Pyongyang itu dilakukan di Laut Timur yang juga dikenali sebagai Laut Jepun sekitar 7.10 pagi tadi.

Pihaknya sedang menganalisis pelancaran itu dan berkongsi rapat maklumat berkaitan peluru berpandu balistik Korea Utara dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

Sebagai persediaan sekiranya terdapat pelancaran lanjut, Seoul ketika ini turut memperkukuh pengawasan dan tahap waspada.

Pada masa sama, Kementerian Pertahanan Jepun turut mengesahkan aktiviti pelancaran peluru berpandu Korea Utara itu dengan menyatakan sekurang-kurang satu peluru dikesan.

Pengawal pantai turut memberi amaran kepada anak kapal supaya meningkatkan tahap keselamatan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan