Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hariz Izaan Kamarudzaman semasa ditemui para Program Kembara Sains Borneo 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Perissen. Kuching pada Khamis. Foto TVS

Kembara Sains Borneo 2024 disertai 35,000 pelajar Sarawak, Sabah

KUCHING, 12 Sept: Program Kembara Sains Borneo 2024 anjuran Pusat Sains Negara kini telah menjelajah ke 22 sekolah di Sabah dan Sarawak untuk membawa pengalaman pembelajaran sains bukan formal kepada komuniti bandar dan luar bandar.

Penolong Pengarah Unit Pendidikan Jangkau Luar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Hariz Izaan Kamarudzaman berkata penganjuran program khas tersebut bermatlamat untuk memupuk minat masyarakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Kami mensasarkan jumlah penyertaan dan penerima manfaat iaitu daripada pelajar-pelajar iaitu seramai 35,000 pelajar.

“Diharapkan dengan impak yang kami bawa ke Sabah dan Sarawak di bandar dan luar bandar pelajar-pelajar ini dapat menarik minat ke arah bidang STEM,” katanya ditemui pada Program Kembara Sains Borneo 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen di sini, hari ini.

Hariz Izaan berkata, program tersebut turut membawakan aktiviti yang melibatkan pemikiran kristis serta memupuk komunikasi antara pelajar bagi menyelesaikan masalah melalui sesi perbincangan.

Katanya, pameran pada program itu akan memperkasakan agenda STEM dengan cetusan minat anak seawal usia melalui strategi serta sinergi bersepadu bagi memupuk minat anak-anak untuk terus berkembang ke peringkat lebih tinggi.

“Jadi ini secara langsung dan tidak langsung dia meningkatkan kemahiran komunikasi, soft skill dan daya pemikiran untuk menyelesaikan satu-satu masalah.

“Seperti contoh, kita sediakan aktiviti puzzle yang melibatkan satu daya pemikiran penyelesaian masalah denngan menggunakan satu bahagian pemikiran untuk menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan konsep matematik,” katanya.

Program Kembara Sains Borneo 2024 di Sarawak bermula pada 2 September dan akan berakhir pada 12 September.

Penjelajahan di Sarawak bermula di Miri, Bintulu, Sibu, Sri Aman dan berakhir di Kuching di SMK Penrissen sekali gus menamatkan penjelajahan ke 22 sekolah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan