Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kedai kopi di Julai mengalami kerosakan teruk selepas terbakar malam tadi. Foto, BBP Bintangor.

Kedai kopi di Julau musnah dalam kebakaran

JULAU 12 Sept: Sebuah kedai kopi musnah dalam kebakaran di Pekan Julau, kira -kira pukul 7.30 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.50 malam dan mengarahkan anggota ke lokasi untuk melakukan operasi pemadaman.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kejadian membabitkan sebuah premis yang terletak di tepi blok deretan bangunan yang mempunyai empat lot kedai,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nicholas, bomba melakukan pemadaman dengan menggunakan air pili yang dipam ke dalam jentera bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan yang berhampiran.

Katanya, operasi pemadaman yang turut dibantu anggota dari BBP Kanowit, Pasukan Bomba Sukarela, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan (RELA.

“Operasi berakhir pada 8.40 malam dan kebakaran tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa manakala jumlah kerugian serta puncanya masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin turut melawat tempat kejadian dan meluahkan rasa bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa.

Tempat letak kereta bertingkat moden bakal dibina di Julau

“Api berjaya dipadamkan tanpa melibatkan kerosakan yang lebih teruk.

“Sebenarnya, saya sempat singgah di kedai ini pada pukul 5 petang selepas pulang dari satu majlis di Wong Kerdat.

“Saya mengucapkan penghargaan kepada penduduk sekitar pekan Julau, PBS Julau, anggota BBP Bintangor yang terlibat memadam kebakaran,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan