Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih skuad bola sepak remaja Thailand Ekkapol Chantawong terperangkap di atas bumbung rumahnya pada Selasa akibat banjir kilat. Foto Ekkapol Chantawong (FB)

Jurulatih Ekk terperangkap lagi dalam banjir

BANGKOK, 12 Sept: Jurulatih skuad bola sepak remaja Thailand yang pernah mendapat perhatian dunia kerana menghabiskan hampir tiga minggu terperangkap dalam gua berikutan banjir, sekali lagi berdepan situasi sama apabila dirinya terperangkap di atas bumbung rumah akibat banjir kilat.

Ekkapol Chantawong memberitahu AFP pada Rabu bahawa dia memanfaatkan pengalamannya pada 2018 yang lalu bersama pasukan ‘Wild Boars’ untuk mengharungi detik cemas itu di rumahnya di daerah Mae Sai, utara Thailand.

Hujan lebat yang telah turun berhari-hari berikutan Taufan Yagi yang melanda negara itu mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di utara Thailand, Vietnam, Laos dan Myanmar.

Air banjir yang naik secara tiba-tiba di kampungnya pada awal pagi Selasa telah menyebabkan beliau dan keluarganya tidak sempat untuk menyelamatkan diri, katanya ketika dihubungi AFP menerusi panggilan telefon.

Paras air yang terus naik telah memaksanya naik ke atas bumbung rumah, di mana beliau menghabiskan malam itu bersama teman wanitanya dan ibu saudaranya.

“Saya takut tetapi saya memberitahu diri saya perlu bertenang. Tunggu dan nilai keadaan,” katanya.

Apabila air sudah surut, membolehkan Ekkapol sampai ke tingkat bawah rumah namun mereka masih tidak boleh keluar kerana arus di luar masih terlalu deras, katanya.

Ekkapol dan pasukan ‘Wild Boars’ nya menghabiskan hampir tiga minggu terperangkap oleh banjir kilat di kompleks gua Tham Luang, meraih pujian dunia selepas operasi menyelamat yang berani.

Beliau berkata pengalaman tersebut mengajarnya bagaimana untuk menghadapi situasi cemasnya pada Rabu.

“Saya tidak berasa sangat tertekan dengan situasi ini. Saya melihat lebih banyak jalan keluar.”

Ditanya sama ada dia boleh membayangkan pengalaman ketiga seperti itu, Ekkapol ketawa dan berkata “Sukar untuk dikatakan. Kami tidak boleh mengatakan apa yang akan berlaku, tetapi saya harap saya tidak perlu naik ke atas bumbung lagi malam ini.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan