Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mexico dan Malaysia menyatakan komitmen mereka untuk meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi semasa sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Mexico-Malaysia hari ini. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Mexico terjalin pada 27 Mac 1974. Foto hiasan Envato

Jubli Emas: Mexico dan Malaysia ikrar kukuhkan hubungan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Mexico dan Malaysia menyatakan komitmen mereka untuk meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi semasa sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Mexico-Malaysia hari ini.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Mexico terjalin pada 27 Mac 1974.

Duta Besar Mexico ke Malaysia, Luis Javier Campuzano Pina berkata bahawa dalam tempoh lima dekad yang lalu, hubungan antara Mexico dan Malaysia telah berkembang dalam bidang perdagangan, pendidikan dan diplomasi kebudayaan.

“Semoga hubungan antara Mexico dan Malaysia terus berkembang,” katanya semasa sambutan anjuran Kedutaan Mexico di Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian benua Amerika Kementerian Luar Negeri Malaysia, Datuk Yubazlan Yusof yang mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu berkata bahawa Malaysia dan Mexico meraih banyak manfaat daripada kerjasama politik, ekonomi dan budaya.

“Jubli emas ini adalah satu perayaan komitmen bersama dan peluang bagi kedua-dua negara untuk meneroka peluang baharu berdasarkan asas kukuh yang berterusan,” katanya.

Menurut Yubazlan, kerajaan Malaysia menghargai kerjasama berterusan Mexico dan berharap agar sambutan ini akan memberi inspirasi kepada hubungan yang lebih erat pada masa depan.

Semasa sambutan itu, tetamu disajikan dengan masakan Mexico dan persembahan kebudayaan dari Mexico dan Malaysia.

Kedutaan Malaysia di Mexico ditubuhkan pada 1992. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan