Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada PATI yang dicekup semasa operasi di beberapa lokasi sekitar Sibu pada Rabu. Foto Jabatan Imigresen

Jabatan Imigresen menahan 20 PATI dalam operasi di Sibu

SIBU, 12 Sept: Jabatan Imigresen Malaysia menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi besar-besaran di beberapa lokasi sekitar bandar ini, semalam.

Jabatan Imigresen memaklumkan tangkapan melibatkan 17 lelaki dan tiga wanita yang didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tiada dokumen sah dan tinggal melebihi tempoh.

“Operasi ini menunjukkan ketegasan pihak kami dalam memastikan integriti undang-undang imigresen di Malaysia,” kata jabatan itu menerusi kenyataan hari ini.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Menerusi operasi itu, 69 individu diperiksa di lapan lokasi berasingan, termasuk kilang, tapak pembinaan dan premis perniagaan.

Jabatan Imigresen turut menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti PATI bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan