Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Australia sedang dalam proses untuk melucutkan pingat daripada komander negara itu yang unitnya telibat dalam jenayah perang Afghanistan. Foto fail AFP

Hampir 10 komander bakal dilucutkan pingat, terkait jenayah perang Afghanistan

SYDNEY, 12 Sept: Australia sedang dalam proses untuk melucutkan pingat daripada komander negara itu yang unitnya telibat dalam jenayah perang Afghanistan.

Menteri Pertahanan Richard Marles berkata keputusan itu berkaitan dengan komander unit tertentu yang bertanggungjawab dalam peperangan antara 2005 dan 2016.

Kurang daripada sepuluh komander akan dilucutkan anugerah mereka, tetapi nama mereka tidak akan dikeluarkan atas sebab privasi.

“Siasatan rasmi mendapati bahawa dalam tempoh 11 tahun, pasukan khas elit Australia membunuh secara tidak sah 39 orang awam dan banduan di Afghanistan.

“Termasuk secara ringkasan pelaksanaan sebagai sebahagian daripada ritual permulaan”, kata Marles, yang menjamin tindak balas yang paling serius akan dipertimbangkan dan dilakukan secara menyeluruh.

Laporan itu membuat 143 cadangan termasuk semakan pingat dan mencadangkan 19 individu dirujuk kepada Polis Persekutuan Australia.

Ia juga mencadangkan pampasan dibayar kepada keluarga mangsa dan tentera melakukan banyak pembaharuan.

Marles berkata komander yang terlibat dalam keputusan yang dibuat pada Khamis mungkin tidak menyedari jenayah perang yang dilakukan unit mereka, tetapi ada jangkaan untuk mereka mengetahui apa yang berlaku.

Selepas serangan 11 September 2001, lebih 26,000 kakitangan beruniform Australia dihantar ke Afghanistan untuk berperang bersama Amerika Syarikat dan tentera bersekutu menentang Taliban, Al-Qaeda dan kumpulan Islam yang lain.

Tentera tempur Australia secara rasmi meninggalkan negara itu pada akhir 2013, tetapi sejak itu beberapa maklumat aktivti kekejaman telah muncul mengenai pengendalian unit pasukan khas elit terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan