Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika menghadiri Majlis Pembukaan Filem Festival Jepun 2024 di Kuala Lumpur. Foto TVS

Festival Filem Jepun eratkan hubungan Malaysia, Jepun

KUALA LUMPUR, 12 September: Festival Filem Jepun (JFF) bakal menampilkan 13 buah filem daripada pelbagai genreĀ seperti drama, sains fiksyen, romansa, thriller, dan animasi pada tahun ini.

Bersempena dengan ulang tahun ke-20, festival berkenaanĀ akan memulakan tayangan dari 12 September sehingga 20 Oktober 2024 di seluruh Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan festival yang dianjurkan Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) itu menjadi agen bagiĀ mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun sekali gus para penonton memahami budaya masing-masing dalam seni filem.

“Pencapaian ini bukan sahaja tentang pawagam tetapi juga tentang ikatan yang kekal antara negara kita serta semangat kolektif dan penghargaan bersama terhadap seni filem.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah yang tulus kepada JFKL kerana menganjurkan acara yang luar biasa ini selama dua dekad. Dedikasi dan semangat anda dalam membawa sinema Jepun ke Malaysia telah memperkayakan landskap budaya kita dan mendalami pemahaman antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Filem Festival Jepun 2024 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Wakil dari Kedutaan Jepun di Malaysia, Takahashi Katsuhiko, berkata, beliau percaya dengan mempromosikan filem-filem dari Jepun ke Malaysia dapat memgembangkan lagi pengetahuan rakyat Malaysia terhadap budaya dan cara hidup masyarat Jepun.

Beliau berharap lebih ramai rakyat Sarawak berminat untuk mengunjungi negara itu selepas tayangan filem diadakan.

“Saya percaya bahawa pemahaman bersama yang dipromosikan melalui pertukaran antara orang dan budaya yang pelbagai adalah sangat penting dalam membina kepercayaan dan mengembangkan hubungan persekutuan antara negara dan masyarakat.

“Filem sememangnya salah satu alat utama untuk ini. Saya berharap melalui festival filem ini, rakan-rakan Malaysia kita akan mempunyai peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai budaya dan gaya hidup masyarakat Jepun serta mengembangkan minat yang lebih mendalam terhadap Jepun dan melawat Jepun untuk membuat lebih banyak kawan di sana,” katanya.

JFF 2024 kali ini dimeriahkan dengan filem pembukaan “GODZILLA MINUS ONE” (2023), pemenang bagi kategori Kesan Visual Terbaik di Anugerah Akademi ke-96 yang juga diarahkan oleh Yamazaki Takashi.

Selain itu, bagi peminat anime juga pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan filem-filem seperti “AKIRA” yang pernah ditayangkan pada tahun 1988 dan “SAND LAND” pada tahun 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan