Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata, serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah menjadi tempat perlindungan di Gaza membunuh enam kakitangan agensi pelarian Palestin PBB (UNRWA). Foto AFP

Enam petugas PBB terbunuh serangan terbaharu Israel ke atas sekolah di Gaza

NEW YORK, 12 Sept: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengesahkan serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan di Gaza telah membunuh enam kakitangan agensi pelarian Palestin PBB (UNRWA).

“Apa yang berlaku di Gaza sama sekali tidak boleh diterima,” kata Guterres menerusi X.

“Enam daripada rakan sekerja @UNRWA kami adalah antara yang terbunuh,” tambahnya.

UNRWA menyifatkan ia jumlah kematian tertinggi dalam kalangan kakitangannya dalam satu serangan.

“Sekolah ini telah diserang sebanyak lima kali sejak perang bermula.

“Ia menempatkan kira-kira 12,000 orang yang kehilangan tempat tinggal, terutamanya wanita dan kanak-kanak,” kata UNRWA menerusi ciapan di X.

Terdahulu pada Rabu, tentera Israel dan agensi pertahanan awam Gaza mengesahkan serangan di Sekolah Al-Jawni di Nuseirat.

Jurucakap agensi pertahanan awam Gaza Mahmud Bassal memberitahu AFP bahawa 14 orang terbunuh akibat pengeboman Israel.

Israel berkata, tentera udaranya melaksanakan serangan tepat ke atas pengganas yang beroperasi di pusat itu yang berada bawah kawalan Hamas di sekolah itu.

Israel bagaimanapun tidak menjelaskan identiti mereka yang diserang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan