Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Debat presiden antara Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dan bekas presiden Donald Trump yang dihoskan oleh ABC News dianggarkan menarik lebih 67 juta penonton. Foto fail AFP

Debat Harris-Trump tarik lebih 67 juta penonton

ByBernama

WASHINGTON, 12 Sept: Debat presiden antara Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dan bekas presiden Donald Trump yang dihoskan oleh ABC News dianggarkan menarik lebih 67 juta penonton, menurut perkhidmatan penilaian televisyen Nielsen.

Jumlah tontonan pada Selasa itu lebih tinggi daripada 51.3 juta yang menyaksikan debat pada 29 Jun yang dihoskan CNN antara Trump dari parti Republikan dan Presiden semasa Joe Biden.

Biden pada ketika itu adalah calon utama Parti Demokrat sebelum beliau menarik diri bagi membolehkan Harris menggantikannya, lapor Sputnik.

Nielsen dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa jumlah tontonan adalah daripada keseluruhan penonton yang menyaksikan debat menerusi 17 rangkaian yang menyiarkannya.

Selain ABC, rangkaian lain yang menyiarkan debat pada Selasa itu termasuk CNN, CNNe, CBS, FOX, NBC, Merit Street, Scripps News, Telemundo, Univision, BET, FOX News Channel, FOX Business, MSNBC, Newsmax, NewsNation, dan PBS.

Anggaran penonton termasuk tontonan di luar rumah bagi semua rangkaian yang dilaporkan kecuali Merit Street, Newsmax, NewsNation, PBS, dan Scripps News, yang tidak termasuk tontonan di luar rumah.

Debat presiden yang menarik jumlah tontonan terbesar dalam sejarah adalah pada 2016 antara Trump dan pesaingnya dari Demokrat ketika itu, bekas setiausaha negara Amerika Syarikat Hillary Clinton, dengan rekod 84 juta penonton. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan