Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah Kapal Pengawal Pantai China pada bulan lepas dilihat dari kapal Pengawal Pantai Filipina BRP Cabra di Sabina Shoal yang terletak di Laut China Selatan. Foto, AFP.

China, Filipina berunding isu kawasan laut dipertikaikan

BEIJING, 12 Sept: China pada Rabu mengadakan rundingan peringkat tertinggi dengan Filipina berhubung kawasan terumbu di Laut China Selatan yang dipertikaikan sehingga tercetus pelanggaran kapal pengawal pantai kedua – dua negara baru-baru ini.

Naib Menteri Luar China Chen Xiaodong bertemu dengan rakan sejawatannya dari Filipina Maria Theresa Lazaro di Beijing, kata Kementerian Luar China menerusi kenyataan.

“Kedua-dua pihak mempunyai pertukaran pandangan yang jujur ​​dan mendalam mengenai isu maritim antara China dan Filipina, terutamanya isu Terumbu Xianbin,” kata kementerian itu.

Terumbu berkenaan dinamakan Sabina Shoal oleh Filipina.

Sejak beberapa minggu lepas, kapal Filipina dan China telah bertembung beberapa kali di perairan sekitar beting itu yang menjadi titik panas di mana Kapal Pengawal Pantai Filipina berlabuh bagi menghalang China memasuki kawasan terumbu itu.

China pada Rabu mengulangi permintaannya supaya Filipina segera mengeluarkan kapalnya di situ sambil menegaskan akan terus mempertahankan kedaulatan mereka.

Bulan ini Beijing menegaskan ia mempertahankan haknya selepas Filipina mengeluarkan rakaman video yang menunjukkan sebuah kapal pengawal pantai China merempuh salah satu kapalnya semasa tercetus konfrontasi di laut.

Sabina Shoal terletak 140 kilometer (km) barat Pulau Palawan Filipina dan kira-kira 1,200 km dari Pulau Hainan, kawasan daratan China yang paling hampir.

Pertempuran baru-baru ini antara kapal Filipina dan China juga berlaku berhampiran terumbu lain yang dipertikaikan.

Minggu ini, seorang pegawai kanan tentera Amerika Syarikat memberi amaran kepada rakan sejawatannya di China berhubung tindakan berbahaya oleh Beijing di Laut China Selatan.

Manila merupakan sekutu rapat Washington di rantau ini.

Komando Indo Pasifik AS, Samuel Paparodan dan Komando Tentera Selatan China, Wu Yanan juga dilaporkan bercakap melalui panggilan video pada Selasa ketika kedua-dua kuasa besar itu berusaha mewujudkan semula rundingan ketenteraan.

Beijing menuntut hampir keseluruhan kawasan Laut China Selatan yang mempunyai kepentingan ekonomi walaupun turut dituntut oleh beberapa negara lain.

Semasa pertemuan China dengan Filipina pada hari Rabu, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus mengekalkan komunikasi melalui saluran diplomatik, tambah Kementerian Luar China. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan