Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah Kapal Pengawal Pantai China dilihat melepasi Kapal Pengawal Pantai Filipina BRP Cape Engano di Sabina Shoal di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada 26 Ogos 2024. Foto, AFP.

China beri amaran akan hancurkan ‘kapal asing’ ceroboh Laut China Selatan

BEIJING, 12 Sept: China memberi amaran akan ‘menghancurkan’ kapal asing yang menceroboh wilayah kedaulatannya termasuk di Laut China Selatan, kata seorang pegawai kanan tentera negara itu pada Khamis di luar forum pertahanan.

“Kami berharap Laut China Selatan akan kekal sebagai kawasan yang aman,” kata Leftenan Jeneral He Lei kepada sekumpulan wartawan termasuk AFP di Forum Xiangshan.

Isu Laut China Selatan perlu diurus menerusi saluran diplomatik – Fahmi

Tambahnya, jika Amerika Syarikat (AS) menggerakkan proksinya di belakang tabir untuk menyokong negara lain atau jika AS sendiri memasuki kawasan berkenaan, Tentera Pembebasan Rakyat China tidak akan ‘hanya melihat’ sahaja.

“Kami dengan tegas akan memusnahkan sebarang pencerobohan asing ke atas wilayah, kedaulatan dan hak maritim serta kepentingan China dengan keazaman yang teguh, tekad yang kuat dan cara yang berkesan,” katanya.

Washington dan Beijing telah bertelagah sejak beberapa bulan kebelakangan ini berhubung pendekatan China yang semakin keras di wilayah maritim yang dipertikaikan, termasuk di Laut China Selatan.

China, Filipina berunding isu kawasan laut dipertikaikan

Kapal Pengawal Pantai China juga terlibat dalam beberapa siri konfrontasi berprofil tinggi termasuk dengan Kapal Pengawal Pantai Filipina di perairan laut itu yang didakwa Beijing miliknya walaupun mahkamah antarabangsa memutuskan dakwaan itu tidak mempunyai asas undang-undang.

Leftenan Jeneral He menambah, penyelesaian kepada ketegangan itu ‘bergantung’ kepada AS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan