Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada sidang media selepas Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Awang Azmil (TVS)

11 tuntutan MA63 berjaya diselesaikan

ByAhmad Burhanuddin

KOTA KINABALU, 12 Sept: Sebanyak 11 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya diselesaikan setakat ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, lebih banyak komitmen di bawah MA63 dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semasa pentadbiran Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yaasin, hanya penyerahan kuasa kawal selia gas petroleum cecari (LPG) kepada Kerajaan Sarawak diputuskan.

“Di bawah Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula tiga perkara iaitu penyerahan kuasa ke atas pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Negeri Sabah, pindaan Perlembagaan Persekutuan 1 (2) dan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan serta pemberian kuasa (empowerment) mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Kerajaan Sarawak dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Fadillah lagi, semasa pentadbiran Anwar yang juga Perdana Menteri ke-10, antara perkara dipersetujui merangkumi pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak sebagai jabatan teknik yang mana projek di bawah RM50 juta ke bawah boleh terus dilaksanakan jabatan berkenaan.

“Antara lain, penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas, pindan Akta LHDN 1995 (Akta 533) bagi melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai Anggota Tetap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak serta garis panduan khas penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, penyerahan kuasa kawal elektrik dan Sabah Electrity Sdn Bhd (SESB) daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan cadangan pindaan Perkara 95B mengenai ubah suai bagi negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian perundangan,” ujarnya.

Terdahulu, terdapat beberapa pembentangan yang telah disampaikan dalam Mesyuarat MTPMA63 pada hari ini, iaitu, pelaporan status terkini kemajuan tuntutan di bawah MA63; perwakilan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk melantik Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar bagi mengisi kekosongan dan pemangkuan; dan obligasi kewangan Persekutuan di bawah Senarai III, Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan duti setem dikenakan ke atas instrumen pemindahan, caj, menyewakan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah dan Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan