Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan daripada delegasi Kementerian Tenaga Manusia dan Menteri kedua Perdagangan dan Industri Rebublik Singapura yang diketuai oleh Tan See Leng bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara Singapura dan Sarawak, terutamanya dalam aspek tenaga boleh baharu. Foto Faitullah Morni (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Singapura

ByConnie Grace

KUCHING, 11 SEPTEMBER: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima dua kunjungan hormat di Astana Negeri, hari ini.

Kunjungan pertama adalah daripada delegasi Kementerian Tenaga Manusia dan Menteri kedua Perdagangan dan Industri Rebublik Singapura yang diketuai oleh Tan See Leng.

Menurut See Leng, kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara Singapura dan Sarawak, terutamanya dalam aspek tenaga boleh baharu.

“Selain itu kami mencari peluang untuk meningkatkan ketersaling-hugungan dalam sektor tenaga boleh baharu, perniagaan dan meneroka peluang kerjasama lain,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan tersebut.

Seterusnya, kunjungan hormat kedua pula daripada delegasi Ketua-ketua Jabatan Persekutuan di Sarawak Sektor Keselamatan yang diketuai oleh Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan.

Ahmad Nadzri mendedahkan kunjungan hormat berkenaan bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak.

“Terdapat 162 jabatan dan agensi termasuk badan-badan berkanun Persekutuan di Sarawak dalam sektor keselamatan telah sepakat untuk mengadakan kunjungan hormat.

“Pada bulan Oktober akan ada dua lagi kunjungan dari sektor-sektor yang lain, iaitu sektor pembangunan dan ekonomi serta sektor pendidikan dan sosial,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan