Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taman Negara Similajau (SNP) ditutup sementara waktu bermula 10 September 2024 hingga 9 Mac 2025 bagi tujuan kerja penyelenggaraan. Foto Controler Taman Negara dan Rizab Semula Jadi

Taman Negara Similajau ditutup sementara hingga 9 Mac 2025

KUCHING, 11 Sept: Taman Negara Similajau (SNP) ditutup sementara waktu bermula semalam, 10 September hingga 9 Mac 2025 bagi kerja penyelenggaraan.

Controler Taman Negara dan Rizab Semula Jadi dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan yang dibuat untuk menutup taman negara itu dalam tempoh enam bulan adalah bagi menjalakan beberapa kerja penyelenggaraan untuk memastikan keselamatan jangka panjang.

“Sewaktu penutupan, kami akan menjalankan penambahbaikan terhadap keseluruhan infrastruktur dan kemudahan di SNP.

“Penambahbaikan ini bagi mewujudkan suasana kondusif dan memberi kebaikan kepada pelawat yang datang apabila taman ini dibuka semula nanti,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya turut menyatakan ucapan terima kasih atas kesabaran dan masyarakat yang faham situasi berkenaan.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan disebabkan oleh penutupan ini dan terima kasih atas pemahaman dan sokongan anda,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan terus komited untuk memastikan pemuliharaan berterusan terhadap hidupan liar dan keindahan semula jadi di taman itu.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi nombor dalam talian 086 339842 atau 082 610088.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan