Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senjata api buatan sendiri (Bakakok) yang disyaki digunakan dalam kejadian ini. Foto Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri

Suspek kes bunuh di Niah berjaya ditahan selepas sebulan diburu

BySalasiah Safian

MIRI, 11 Sept: Seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an yang dipercayai suspek utama satu kes pembunuhan pada Julai lepas di Niah berjaya ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, suspek diberkas di sebuah rumah kebun tidak bernombor yang teletak dalam ladang sawit persendirian di Sebubok, Batu Niah.

Katanya polis juga telah merampas senjata api buatan sendiri (bakakok) yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Polis telah mendapat perintah reman suspek di Mahkamah Miri selama tujuh hari sehingga 18 September 2024 untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada penghujung Julai lepas, seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun ditemukan mati di kawasan ladang sawit persendirian di Sebubok, Niah.

Mayat ditemukan dengan kesan tembakan di dahi, mata, leher dan perut. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan