Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Dr Tan See Leng bersama delegasi pada kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Singapura teroka peluang kerjasama dengan Sarawak dalam pelbagai sektor

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

KUCHING, 11 Sept: Singapura meneroka peluang kerjasama dengan Sarawak melibatkan beberapa sektor termasuk tenaga boleh diperbaharui.

Menteri Tenaga Kerja dan Menteri Perdagangan dan Industri Kedua Singapura Dr Tan See Leng berkata republik itu tertarik untuk menjalinkan kerjasama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui memandangkan Sarawak kaya dengan sumber semula jadi.

“Itu merupakan salah satu perkara yang dibincangkan (pada pertemuan dengan Premier Sarawak) dan sudah tentu untuk melihat dari aspek pelancongan dan perdagangan antara kedua-dua wilayah, misalnya tentang bagaimana kita boleh meningkatkan tahap kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Beliau pada masa sama berharap perdagangan dua hala, kesalinghubungan pelancongan dan kerjasama import tenaga boleh diperbaharui antara Singapura dan Sarawak akan terus berkembang.

“Dalam masa beberapa bulan akan datang, saya menjangkakan satu siri penglibatan produktif antara pasukan kami dan membuat persediaan bagi menghadapi Leaders’ Retreat pada penghujung tahun kelak,” jelasnya.

Terdahulu, See Leng mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak sebelum bertemu dengan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada tengah hari.

Meskipun pertemuan yang cukup singkat, beliau menyifatkan ia sebagai satu pertemuan yang produktif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan