Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu dan kelindan cedera selepas lori 3 tan kemalangan kendiri di Rumah Margeret Jalan Lukut Penyalau, Kanowit, petang semalam. Foto JBPM

Pemandu, kelindan lori cedera dalam kemalangan kendiri di Kanowit

KANOWIT, 11 Sept: Pemandu dan kelindan cedera selepas lori 3 tan kemalangan kendiri di Rumah Margeret Jalan Lukut Penyalau di sini, petang semalam.

Komander Operasi, PBK ll Badrulhisham Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.37 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori 3 tan dan terdapat seorang mangsa iaitu kelindan lori berusia 32 tahun tersepit.

“Pemandu berusia 25 tahun tidak tersepit dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan hydraulic rescue tool bagi merenggangkan lokasi yang tersepit.

“Kedua-dua mangsa seterusnya diserah kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut bagi mendapat rawatan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan