Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup Petronas 2024 di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS 2024, platform cungkil bakat baharu

KUCHING, 11 Sept: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS 2024 di Kuching bermula 14 September hingga 16 November 2024.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejohanan ini dapat menerapkan nilai-nilai positif di kalangan belia termasuklah semangat kesukanan, komunikasi yang berkesan serta etika kerja yang kuat.

Menurutnya, penganjuran kejohanan ini membuktikan komitmen entiti korporat seperti PETRONAS dan rakan strategiknya dalam memajukan segmen sukan di negeri ini.

“Kejohanan ini menandakan langkah awal serta komitmen PETRONAS serta rakan kongsi strategik untuk memupuk dan mengetengahkan bakat muda dalam persekitaran yang terstruktur, serta merintis jalan untuk menganjurkan kejohanan lebih besar pada masa depan.

“Kejohanan ini turut berfungsi sebagai pemangkin penting untuk menarik minat dan penyertaan daripada entiti korporat lain bagi memastikan kejayaan keseluruhan dan peningkatan profesionalisme acara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS 2024 di Kuching pada Rabu.

Hadir sama Setiausaha Tetap MYSED, Morshidi Fredrick, Timbalan Setiausaha Tetap MYSED, Dolhadi Marzuki, Presiden KDFA, Fazzrudin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Pengurus Besar PETRONAS Sarawak, Norazibah M Rabu dan Ketua Pegawai Media TVS, Sardon Zainal.

Kejohanan ini akan disertai 23 akademi bola sepak dan sekolah dari sekitar Kuching, Samarahan dan Sri Aman.

Sebanyak 56 pasukan akan bersaing dalam empat kategori umur meliputi  bawah 10, 12, 14  dan 18 tahun.

Selain Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, kejohanan ini turut dijayakan oleh rakan strategik rasmi termasuklah Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Kelab Bola Sepak Kuching City FC (KCFC), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan rakan media rasmi TVS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan