Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jepun rancang perkenalkan kereta api bullet tanpa pemandu

TOKYO, 11 Sept: Jepun merancang untuk mengoperasikan kereta api ‘bullet’ Shinkansen tanpa pemandu pada pertengahan 2030, kata salah seorang pengendali rel utamanya.

Perancangan itu dilaksanakan berikutan keadaan demografi Jepun.

Jepun semak semula pertumbuhan KDNK suku kedua kepada 2.9 peratus tahunan

Kereta Api Jepun Timur (JR East) dijangka akan memperkenalkan kereta api tanpa pemandu terlebih di laluan satu mulai 2028, kata firma itu Selasa.

Pada tahun berikutnya, syarikat berharap dapat memulakan perkhidmatan kereta api tanpa pemandu di landasan yang lebih pendek sebelum melancarkannya antara Tokyo dan Niigata di laluan Joetsu Shinkansen pada pertengahan 2030.

“Merealisasikan pemanduan (kereta api laju) tanpa pemandu serta mengubah pengurusan kereta api kepada sistem yang lebih cekap dan mampan, kami akan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran sosial seperti penurunan populasi dan perubahan cara orang ramai bekerja,” kata syarikat itu menerusi kenyataan media.

Penggerak utama di sebalik rancangan itu adalah keperluan untuk sentiasa berinovasi dengan teknologi kereta api bagi membantu menangani masalah kekurangan buruh dan isu-isu lain, kata jurucakap JR East kepada AFP pada Rabu.

Kelajuan maksimum Shinkansen di laluan Joetsu boleh mencapai 275 kilometer sejam namun pada laluan lain kelajuannya boleh mencecah 300 km/j atau lebih.

Jepun berdepan masalah populasi yang sedang menua selain turut berdepan isu kekurangan pekerja dalam pelbagai sektor ekonomi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan