Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Foto Bernama

Isu Laut China Selatan perlu diurus menerusi saluran diplomatik – Fahmi

PUTRAJAYA, 11 Sept: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebarang isu berbangkit berkaitan Laut China Selatan perlu diuruskan menerusi saluran diplomatik.

Beliau berkata dakwaan kehadiran kapal perang tentera laut dan kapal pengawal pantai China di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia baru-baru ini tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“….tetapi sebarang isu berbangkit (tentang Laut China Selatan) diurus melalui saluran diplomatik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 9 Sept lepas, Kementerian Luar dalam kenyataan berkata pihaknya mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.

Bagaimanapun ia tidak dapat mengulas ketepatan atau butiran spesifik pergerakan kapal tentera itu kerana perkara itu berada di bawah pihak berkuasa operasi keselamatan dan pertahanan.

“Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979.

“Kedudukan ini selaras undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982 (UNCLOS),” menurut Kementerian Luar

Ditanya sama ada Malaysia akan membawa isu Laut China Selatan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) nanti, Fahmi berkata agenda khusus untuk dibawa ke UNGA tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Ini memandangkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan tidak menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri hari ini,” katanya.

Beliau berkata Mohamad akan mewakili kerajaan dalam UNGA yang dijadual berlangsung di New York pada 22 Sept ini. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan